Sejarah Weststar Aviation

Ia ditubuhkan pada Bulan April Tahun 2003 selepas mendapat kelulusan Sijil Operasi Udara (AOC) oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA). Armada utamanya terdiri daripada Eurocopter EC 120 Colibri, EC 135 Ecureuil, AS365 Dauphin dan AgustaWestland AW139. Pada Tahun 2018 mereka memperoleh 3 Pesawat dengan siri AgustaWestland AW189 yang mengangkut sebahagian besar personel Petronas dan Shell di Miri, Sarawak. Syarikat Penerbangan Weststar menawarkan Petronas untuk mengkawal AW189 dengan kos yang serupa dengan mengoperasikan AW139 dan kini merupakan operator AW189 termurah di rantau ini.